Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan miliki 28 pil disyaki nospan
  • JENAYAH

Lelaki ditahan miliki 28 pil disyaki nospan

Utusan Sarawak 1 day ago
SUSPEK DITAHAN kerana disyaki memiliki 28 biji pil disyaki Nospan dalam serbuan ke atas bilik sewa atas bangunan premis perniagaan di kawasan pasar lama Mukah, pagi semalam.

MUKAH: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana memiliki 28 pil disyaki nospan dalam serbuan di bilik sewa atas premis perniagaan di kawasan Pasar Lama Mukah, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, sekitar 10.00 pagi, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayaj Narkotik IPD Mukah telah menjalankan serbuan di bilik sewa atas bangunan premis perniagaan berkenaan.

“Pasukan serbuan telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 37 tahun yang sedang berada dalam bilik tersebut.

“Pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai 38 paket plastik lutsinar yang masing-masing mengandungi enam biji pil palang berwarna putih disyaki pil nospan.

“Jumlah keseluruhan 228 biji dalam milikan suspek dan anggaran nilai pil nospan yang dirampas ialah RM380,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

RAMPASAN… Pil yang disyaki Nospan dirampas dalam serbuan di bilik sewa atas bangunan premis perniagaan di kawasan pasar lama Mukah, pagi semalam.

Katanya, suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut, ujian urin ke atas suspek adalah negatif. 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) akta yang sama iaitu boleh dipenjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau kedua-dua sekali. 

“Suspek yang tidak bekerja mempunyai dua rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan

dadah. Suspek direman selama dua hari sehingga 9 Januari 2026 bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki tempatan ditahan, dadah bernilai RM4,404 dirampas di Kuching
Next: 14 lelaki ditahan, dadah bernilai RM615 dirampas dalam Ops Tapis Khas di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.