Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan kes pecah masuk Resthouse Pejabat Daerah Igan
  • JENAYAH

Lelaki ditahan kes pecah masuk Resthouse Pejabat Daerah Igan

Utusan Sarawak 4 weeks ago
SUSPEK…Kes pecah masuk Resthouse Pejabat Daerah Igan dituduh di mahkamah.

MATU: Seorang lelaki warga tempatan berumur 39 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu kejadian kes pecah masuk Resthouse, Pejabat Daerah Kecil Igan, di sini.

Ketua Polis Daerah Matu Daro, DSP Rahim Mihos berkata, hasil pemeriksaan terhadap lelaki tersebut juga dapati gagal mengemukakan kad pengenalan diri semasa pemeriksaan polis.

“Tangkapan tersebut dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Matu Daro dan kes disiasat dibawah Sek 457 Kanun Keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai 15 rekod kesalahan lampau jenayah dan jenayah narkotik.

“Penahanan reman ke atas suspek telah dibenarkan selama tempoh empat hari dan kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” ujarnya.

Rahim memberitahu, pada hari ini suspek telah dituduh dibawah Seksyen 414 kanun keseksaan dan Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 di Mahkamah Sarikei.

“Tiada pengakuan direkodkan dan tiada jamin ditawarkan terhadap tertuduh. Kes ditetapkan untuk sebutan lanjut pada 10 Februari 2026. Sementara menunggu tarikh tersebut, tertuduh menjalani tahanan reman di penjara Sibu.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Dua lelaki tempatan ditahan bersabit kes kehilangan bot fiber dan enjin di Meradong
Next: Warga asing ditahan salah guna Pas Lawatan Sosial di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.