Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan halang polis jalankan tugas, seorang suspek masih bebas
  • JENAYAH

Lelaki ditahan halang polis jalankan tugas, seorang suspek masih bebas

Utusan Sarawak 8 hours ago
TANGKAP LAYAR rakaman lelaki yang mempunyai rekod lampau ditahan hari ini kerana menghalang pihak polis menjalankan tugas mereka, manakala rakan sekerjanya berjaya melarikan diri.

KUCHING: Seorang lelaki yang mempunyai rekod lampau ditahan hari ini kerana menghalang pihak polis menjalankan tugas mereka, manakala rakannya berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, kenderaan unit rondaan polis sedang menjalankan operasi pencegahan jenayah di sepanjang Jalan Tawi Sli apabila pegawai polis ternampak kereta Perodua Kancil bewarna putih yang kelakuannya mencurigakan. Apabila diarahkan untuk berhenti bagi pemeriksaan, pemandu tersebut memecut cuba melarikan diri.

Polis mengejar kenderaan tersebut dan berjaya menahan salah seorang suspek di Jalan Batu Kawa, namun rakannya berjaya melarikan diri.

Alexson berkata, suspek yang ditahan berusia 26 tahun dan mempunyai enam rekod jenayah terdahulu berkaitan dadah. Ujian air kencing awal juga menunjukkan keputusan positif dadah.

“Kes ini sedang disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” jelas beliau.

Polis kini sedang giat mengesan suspek yang masih bebas.

Alexson menasihatkan orang ramai untuk memberi sebarang maklumat berkaitan kes ini dengan menghubungi Pusat Kawalan Polis Daerah Kuching di 082-244444 atau pegawai penyiasat, Sgt Nancy Nawi di 019-2320381.

Beliau turut menasihatkan orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan atau membuat spekulasi tentang kes ini.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Wanita rugi lebih RM255,000 tertipu skim pelaburan ‘cepat untung’ di Kuching
Next: Penyamun bersenjata pecah masuk rumah, larikan barangan bernilai lebih RM10,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.