Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan guna kad pengenalan individu meninggal dunia di Kuching
  • JENAYAH

Lelaki ditahan guna kad pengenalan individu meninggal dunia di Kuching

Utusan Sarawak 9 hours ago
DITAHAN… Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 64 tahun kerana disyaki memiliki dan menggunakan salinan kad pengenalan milik individu lain dalam satu tangkapan di kawasan Hospital Umum Sarawak, semalam. Foto IPD Kuching

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 64 tahun kerana disyaki memiliki dan menggunakan salinan kad pengenalan milik individu lain dalam satu tangkapan di kawasan Hospital Umum Sarawak, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, suspek ditahan kira-kira 3.30 petang selepas pihak polis mengesan penggunaan dokumen pengenalan yang meragukan.

“Hasil semakan mendapati maklumat pada kad pengenalan yang digunakan suspek adalah milik seorang individu yang telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, siasatan awal turut mendapati suspek tidak pernah memiliki kad pengenalan diri yang sah sejak lahir dan dipercayai telah menggunakan salinan dokumen berkenaan sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Kes disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Polis kini meneruskan siasatan lanjut bagi mengenal pasti tujuan sebenar penggunaan dokumen berkenaan serta kemungkinan penglibatan pihak lain.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Thailand sita 100,000 liter milik syarikat Malaysia di Sadao
Next: Lelaki tempatan ditahan terlibat aktiviti judi loteri awam haram di Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.