Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan disyaki terlibat loteri haram di Bau
  • JENAYAH

Lelaki ditahan disyaki terlibat loteri haram di Bau

Utusan Sarawak 9 hours ago
ANTARA barangan yang dirampas dalam operasi membanteras kegiatan loteri awam tanpa lesen di Bau. Foto IPD Bau

BAU: Lelaki tempatan ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan loteri awam tanpa lesen dalam satu operasi oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, tangkapan dibuat kira-kira 2.00 petang di premis kedai di daerah itu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati suspek dipercayai menjalankan aktiviti perjudian tanpa lesen sebelum ditahan di lokasi kejadian.

“Polis turut merampas beberapa barangan berkaitan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Tambahnya, orang ramai diingatkan supaya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian kerana tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perjudian boleh menyalurkannya kepada IPD Bau atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki disyaki ‘Ah Long’ ditahan di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.