Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan disyaki terlibat judi atas talian di Mukah
  • JENAYAH

Lelaki ditahan disyaki terlibat judi atas talian di Mukah

Utusan Sarawak 6 hours ago
DITAHAN…..Lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian atas talian di Mukah. Foto IPD Mukah

MUKAH: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki terlibat dengan aktiviti perjudian atas talian di bandar ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berumur 27 tahun itu ditahan sekitar 4.30 petang, dalam serbuan di kaki lima sebuah premis perniagaan di bandar ini.

“Pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek telah menemui satu aplikasi yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti perjudian atas talian,” ujarnya menerusi kenyataan.

Beliau berkata, telefon bimbit suspek serta wang tunai berjumlah RM35 dirampas sebagai barang kes.

 BARANG KES….Telefon bimbit dan wang tunai suspek dirampas untuk dijadikan sebagai barang kes. Foto IPD Mukah

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut. Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda antara RM5,000 hingga RM50,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun,” katanya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Motosikal ubah suai ekstrem dikesan dalam Ops TBC 2026 di Kuching
Next: Lelaki rugi hampir RM234,000 terpedaya pelaburan saham dalam talian di Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.