Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah
  • JENAYAH

Lelaki ditahan disyaki terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUSPEK ditahan di tepi Jalan Mukah-Selangau kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, semalam. Foto IPD Mukah

MUKAH: Seorang buruh lelaki warga tempatan ditahan di tepi Jalan Mukah-Selangau kerana disyaki terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 28 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah pada 12.50 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan beg pinggang suspek, telah menjumpai enam keratan straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan anggaran berat kasar 1.70 gram dan anggaran nilai RM295.

“Suspek dan barang kes telah dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut,” jelasnya menerusi kenyataan, hari ini.

BARANG KES enam keratan straw lutsinar mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu dirampas. Foto IPD Mukah

Beliau berkata, ujian urin yang dijalankan telah mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Suspek direman selama dua hari sehingga 30 Januari ini bagi melengkapkan siasatan,” ujarnya.

Tegasnya, IPD Mukah komited dalam usaha membanteras segala aktiviti penyalahgunaan dadah.

Sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah boleh disalurkan dengan menghubungi talian hotline IPD Mukah 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Gagal patuhi syarat perlesenan, bot tunda ditahan di perairan Bintulu
Next: Sembilan ditahan, dadah bernilai RM670 dirampas dalam Ops Tapis Khas di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.