Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan disyaki jalankan judi loteri haram di Balingian
  • JENAYAH

Lelaki ditahan disyaki jalankan judi loteri haram di Balingian

Utusan Sarawak 2 hours ago
LELAKI WARGA TEMPATAN….Ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian loteri awam tanpa lesen di sebuah kedai tanpa nombor di kawasan Sungai Liuk, Balingian, petang semalam. Foto IPD Mukah

MUKAH: Seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti perjudian loteri awam tanpa lesen dalam serbuan di sebuah kedai tanpa nombor di kawasan Sungai Liuk, Balingian, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah sekitar 4.30 petang.

“Hasil pemeriksaan di kaunter premis, pasukan serbuan menjumpai sebuah telefon pintar yang mengandungi aplikasi dipercayai digunakan untuk aktiviti jual beli loteri awam tanpa lesen.

“Turut dirampas ialah sebuah mesin pencetak, sekeping kertas bercetak nombor empat angka, sebatang pen, sebuah kalkulator dan wang tunai berjumlah RM78 untuk dijadikan barang kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

BARANG KES….Hasil rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk dijadikan barang kes. Foto IPD Mukah

Menurutnya, suspek bersama barang rampasan dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek yang mempunyai tiga rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah adalah negatif,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 atau penjara sehingga lima tahun,” tegasnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: 18 warga Indonesia ditahan dalam Ops Selera di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.