Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan dalam operasi dadah
  • JENAYAH

Lelaki ditahan dalam operasi dadah

Utusan Sarawak 16 hours ago
LELAKI ditahan dalam operasi dadah

MUKAH: Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di tepi Jalan Kampung Petanak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan sekitar 11.20 pagi oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Hasil pemeriksaan menemui satu keratan tiub straw lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine atau syabu seberat 0.55 gram dengan anggaran nilai RM110,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek dan barang kes dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut, manakala ujian air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Siasatan lanjut mendapati suspek yang tidak bekerja mengaku terlibat dalam penagihan dadah sejak Mei tahun ini,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Menurutnya, suspek direman selama tiga hari sehingga 14 November bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“IPD Mukah komited dalam usaha membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di daerah ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya melalui talian hotline 084-871222 atau di mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Remaja ditahan susulan laporan kelakuan mencurigakan
Next: Polis rampas ketamin, pil erimin dan syabu di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.