Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan, dadah seberat 1.08 gram dirampas di Bau
  • JENAYAH

Lelaki ditahan, dadah seberat 1.08 gram dirampas di Bau

Utusan Sarawak 5 hours ago
Suspek yang ditahan dan dadah yang dirampas daripadanya.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun ditahan dalam satu pemeriksaan jalan raya yang dijalankan oleh sepasukan anggota Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di sepanjang Jalan Seringgok, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A. Rahman, berkata tangkapan tersebut hasil daripada operasi berterusan pihak polis dalam usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah itu sekitar 10.00 malam.

 “Hasil pemeriksaan awal terhadap suspek menemui satu paket plastik jernih sederhana mengandungi tiga paket kecil, masing-masing berisi bahan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 1.08 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek telah ditahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah, sementara siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama selepas ujian air kencing mendapati dia positif dadah.

Mohd Haide menegaskan, polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah.

Beliaut turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah bagi membantu pihak polis membanteras kegiatan tersebut.

Tambah beliau, orang awam boleh menyalurkan sebarang maklumat melalui Talian Hotline Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di 012-208 7222 atau Hotline Bahagian Narkotik Polis Sarawak di 017-592 9211.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis buka kertas siasatan terhadap Inspektor Sheila

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.