Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan, dadah lebih RM12,000 dirampas di Sibu
  • JENAYAH

Lelaki ditahan, dadah lebih RM12,000 dirampas di Sibu

Utusan Sarawak 15 hours ago
LELAKI ditahan, dadah lebih RM12,000 dirampas di Sibu. Gambar hiasan.

SIBU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai keseluruhan RM12,379 dalam satu operasi di tepi Jalan Chambers di sini, semalam. 

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Azari Miskon berkata, lelaki berusia 37 tahun itu ditahan sekitar 12.00 tengah hari oleh sepasukan pegawai dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu.

“Dalam serbuan tersebut, polis merampas 219.58 gram dadah disyaki syabu (methamphetamine), 12.27 gram pil Erimin 5 serta 5.52 gram dadah jenis ketamin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine, ketamin dan benzodiazepine.

Beliau berkata, suspek yang tidak mempunyai rekod lampau telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup jika sabit kesalahan.

“Selain itu, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali, serta pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B akta berkenaan,” tambahnya.

Azari berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, akan terus mempergiat usaha membanteras kegiatan pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta tampil menyalurkan maklumat melalui talian hotline JSJN Bukit Aman di 012-2087222 atau JSJN Sarawak di 017-59292211.

Oleh Tarani Lanting

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis cedera dalam aksi kejar-mengejar suspek syabu di Lawas
Next: Polis Kuching tahan lelaki tempatan kes pecah rumah dan curi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.