Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan, dadah bernilai RM597 dirampas di Jalan Tabuan Dayak
  • JENAYAH

Lelaki ditahan, dadah bernilai RM597 dirampas di Jalan Tabuan Dayak

Utusan Sarawak 6 hours ago
DADAH disyaki methamphetamine seberat 5.43 gram yang dirampas polis dalam operasi di Kuching.

KUCHING: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 24 tahun dan merampas dadah bernilai RM597 dalam satu operasi di hadapan sebuah hotel di Jalan Tabuan Dayak, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu, berkata tangkapan dilakukan sekitar 5.45 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek menemukan enam paket plastik lutsinar berisi dadah disyaki jenis methamphetamine dengan berat keseluruhan 5.43 gram, dianggarkan bernilai RM597,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Alexson, ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati keputusan positif bagi dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Beliau berkata, semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan terdahulu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun, serta sebatan tidak kurang tiga dan tidak melebihi sembilan kali, jika sabit kesalahan,” katanya.

Alexson memaklumkan suspek kini direman selama empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, bermula esok hingga 27 Disember, bagi membantu siasatan.

Beliau menegaskan kejayaan operasi itu adalah hasil risikan berterusan dan kerjasama orang awam.

“Polis Diraja Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam pengedaran dadah. Memiliki, mengedar atau melindungi aktiviti dadah merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang,” katanya.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Polis Kuching tumpaskan sindiket pusat panggilan judi dalam talian, 28 individu ditahan
Next: Baharu bebas lima hari, penganggur positif dadah ditahan lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.