Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan bersama syabu, dua lagi positif dadah di Lawas
  • JENAYAH

Lelaki ditahan bersama syabu, dua lagi positif dadah di Lawas

Utusan Sarawak 5 hours ago
TANGKAPAN DADAH… Tiga individu termasuk seorang wanita ditangkap atas kesalahan dadah. Foto IPD Lawas

LAWAS: Sepasukan polis menahan motosikal yang dinaiki lelaki tempatan berusia 38 tahun yang bekerja sebagai buruh kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, tangkapan dilakukan di tepi jalan Kampung Awat-Awat.

“Pemeriksaan badan suspek menemui beg berwarna hitam dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu paket plastik lutsinar di dalamnya berisi kristal disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 6.9 gram.

“Suspek ditangkap dan bahan disyaki syabu tersebut dirampas untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai tiga kesalahan lampau berkaitan dadah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TANGKAPAN DADAH… Tiga individu termasuk seorang wanita ditangkap atas kesalahan dadah. Foto IPD Lawas

Pada petang yang sama, di lokasi berhampiran, sepasukan polis turut menahan kereta yang dinaiki seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun yang bekerja sebagai buruh serta seorang wanita tempatan berusia 31 tahun yang tidak bekerja kerana disyaki terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut tidak menemui sebarang barangan salah atau dadah.

Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Semakan kesalahan lampau mendapati suspek lelaki mempunyai tiga kesalahan lampau, manakala suspek wanita mempunyai dua kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Kanak-kanak positif ganja dipercayai termakan gula-gula mengandungi dadah
Next: Lelaki tempatan ditahan bersama dadah, miliki rekod jenayah lampau di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.