Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki ditahan berkaitan kes tipu pelaburan atas talian, rugikan mangsa RM1,950 
  • JENAYAH

Lelaki ditahan berkaitan kes tipu pelaburan atas talian, rugikan mangsa RM1,950 

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia 27 tahun ditahan untuk siasatan kes penipuan pelaburan yang menyebabkan seorang warga emas di Kabong kerugian sebanyak RM1,950. Foto: IPD Saratok

SARATOK: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kes penipuan skim pelaburan tidak wujud yang menyebabkan seorang pesara kerugian RM1,950 di Kabong.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, tangkapan itu dilakukan susulan laporan dibuat pengadu, seorang lelaki tempatan berumur 63 tahun, yang mendakwa ditipu melalui iklan pelaburan di Facebook.

Menurut beliau, pengadu tertarik selepas melihat tawaran pelaburan yang dipromosikan melalui platform tersebut sebelum berhubung dengan individu yang menyamar sebagai ‘perunding kewangan’ melalui pautan WhatsApp.

“Pengadu membuat dua transaksi ke akaun CIMB Bank milik suspek, masing-masing pada 23 dan 25 Jun 2025, kononnya bagi tujuan pelaburan serta menaik taraf had akaun pelaburan.

“Namun, pelaburan itu sebenarnya tidak wujud,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan mendapati suspek merupakan pemilik akaun bank yang digunakan dalam penipuan tersebut dan mendakwa dia menyerahkan kad banknya kepada pihak lain bagi tujuan pinjaman wang, tanpa mengetahui akaun itu digunakan untuk aktiviti penipuan.

Mathew berkata, suspek telah ditangkap dan akan dituduh di Mahkamah Majistret Saratok pada 22 Disember ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan iklan pelaburan di media sosial dan tidak menyerahkan maklumat perbankan kepada mana-mana pihak bagi mengelakkan eksploitasi sebagai akaun ‘keldai’.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Polis Bau tahan 12 individu dalam operasi dadah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.