Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes dadah
  • MAHKAMAH

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes dadah

Utusan Sarawak 1 day ago
DIREMAN…..Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

MUKAH: Mahkamah Majistret Mukah meluluskan permohonan reman selama tiga hari terhadap seorang lelaki berusia 30 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Permohonan reman dibacakan di hadapan Majistret Oon Kok Chern pada 8.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, suspek disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek ditahan di lokap Balai Polis Mukah bagi melengkapkan siasatan sebelum dibawa ke kamar pertuduhan dan pendakwaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, bagi kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi Seksyen 15(1)(a) akta sama, jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda dan pengawasan polis,” jelasnya.

Muhamad Rizal berkata, suspek yang berasal dari Serian dan bekerja sebagai kelindan lori, ditahan semasa Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Bersepadu Cegah Jenayah IPD Mukah bersama AADK Mukah pada 31 Oktober 2025, sekitar 9.40 pagi di simpang Kampung Jebungan, Jalan Mukah–Balingian.

“Hasil pemeriksaan terhadap tubuh badan suspek menemui satu paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu) seberat kira-kira 0.46 gram.

Suspek kemudian dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut, dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif amphetamine dan methamphetamine,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa IPD Mukah akan terus komited memastikan Daerah Mukah dan Selangau bebas daripada kegiatan penyalahgunaan dadah, sama ada dalam bentuk pengedaran, bekalan mahupun pengambilan bahan terlarang itu.

“Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dadah dengan menghubungi talian Hotline IPD Mukah di 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” tambah beliau.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Juru kimpal dipenjara 11 tahun, empat sebatan rogol anak saudara sendiri
Next: Abai Zayn Rayyan: Ismanira fail notis rayuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.