Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki dipenjara lebih lima tahun, dua sebatan akibat kesalahan dadah berulang
  • MAHKAMAH

Lelaki dipenjara lebih lima tahun, dua sebatan akibat kesalahan dadah berulang

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEORANG lelaki berusia 29 tahun dijatuhi hukuman penjara lima tahun satu bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen 1 Kuching selepas didapati bersalah atas kesalahan dadah berulang. Foto: IPD Serian

SERIAN: Seorang lelaki berusia 29 tahun dari Kampung Paon Sungai Rimu, Serian dijatuhi hukuman penjara lima tahun satu bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen 1 Kuching hari ini selepas didapati bersalah atas kesalahan dadah berulang.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian, tertuduh turut diperintahkan menjalani Perintah Pengawasan selama dua tahun di bawah Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 sebaik sahaja selesai menjalani hukuman penjara.

IPD Serian memaklumkan, kes itu dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Serian hasil tindakan berterusan dalam membanteras penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama Seksyen 39C(1) akta sama kerana melakukan kesalahan penyalahgunaan dadah secara berulang.

Menurut kenyataan itu, hukuman yang dijatuhkan mencerminkan ketegasan pihak berkuasa dalam memastikan individu yang terus mengulangi kesalahan berkaitan dadah dikenakan tindakan yang lebih berat mengikut peruntukan undang-undang.

IPD Serian menegaskan bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Serian, akan terus memperhebat usaha membanteras kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah itu.

Sehubungan itu, orang ramai digesa supaya terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis mengenai sebarang aktiviti berkaitan dadah bagi membantu usaha penguatkuasaan serta memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Mahkamah Rayuan kekal hukuman 30 tahun penjara, 12 sebatan dua pengedar syabu di Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.