Lelaki dipenjara 18 tahun, 23 sebatan selepas mengaku bersalah empat pertuduhan

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

SERIAN: Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 23 sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan membabitkan kes sumbang mahram dan kesalahan seksual terhadap anak kandungnya.

Ketua Polis Daerah Serian, Superintendan Freddy Bian Stanislaus Bian berkata tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan serta Seksyen 14(a) dibaca bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurutnya, tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua empat pertuduhan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen pada Rabu.

Selain hukuman penjara dan sebatan, mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling rehabilitasi sepanjang tempoh menjalani hukuman.

Freddy berkata mahkamah juga mengarahkan tertuduh melaporkan diri di balai polis berhampiran selama dua tahun selepas tamat menjalani hukuman penjara.

Beliau menegaskan polis memandang serius kesalahan seksual yang melibatkan ahli keluarga dan menggesa orang ramai segera menyalurkan maklumat sekiranya mengetahui atau mengesyaki kejadian seumpama itu berlaku.

Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di talian 082-874201 atau menerusi Facebook Polis Daerah Serian.

Oleh Connie Chieng

Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis, pelabur membuat persediaan awal untuk minat belian yang berpotensi berlaku menjelang sambutan Hari Kebangsaan