Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki dikhuatiri lemas ketika menyeberangi sungai ditemukan meninggal dunia
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menyeberangi sungai ditemukan meninggal dunia

Utusan Sarawak 4 months ago

KANOWIT: Pekerja Overhead tiang elektrik yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai berenang ke seberang sungai untuk balik ke rumah sewa di Rumah Manggin Nanga Buan, Ngemah petang semalam ditemukan meninggal dunia.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, mayat mangsa, 25, ditemui oleh Pasukan Bomba dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) pada 11.34 pagi tadi, pada selaman yang ke enam pada jarak tiga meter dari lokasi kali terakhir dilihat tenggelam.

“Mayat mangsa dibawa naik ke darat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada 12.10 tengah hari,” katanya menerusi kenyataan.

Terdahulu, dalam kejadian semalam, mangsa dipercayai lemas ketika sedang dalam perjalanan balik ke rumah sewa untuk makan tengah hari, di seberang sungai dengan cara berenang ke seberang.

Menurut pelapor, semasa mangsa sedang berenang ke seberang sungai, mangsa tiba-tiba hilang dari pandangan atau tenggelam semasa berada di tengah sungai. Paras sungai ketika kejadian adalah tinggi.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Enam singa baharu ‘dihidupkan’ pada upacara menitik mata
Next: Bomba Sibu pertingkat pemantauan kawasan terjejas banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.