Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki dikhuatiri lemas ketika menyeberangi sungai
  • KEMALANGAN

Lelaki dikhuatiri lemas ketika menyeberangi sungai

Utusan Sarawak 5 months ago

Pasukan bomba melancarkan operasi SAR untuk mencari mangsa yang dikhuatiri lemas di Sungai Nanga Buan, Ngemah, hari ini. Foto bomba.

KANOWIT: Seorang lelaki dewasa dipercayai lemas di Sungai Nanga Buan, Ngemah, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sewa untuk makan tengah hari.

Mangsa, dikenali sebagai Mohamad Hamizan Reduan, 25, dipercayai lemas semasa berenang menyeberangi sungai menuju rumahnya yang terletak di seberang.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit telah dikerah ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan sekitar 1.50 petang tadi.

“Menurut pelapor, semasa mangsa sedang berenang menyeberang sungai, mangsa tiba-tiba hilang dari pandangan dan tenggelam di tengah sungai. Paras air sungai ketika kejadian adalah tinggi,” katanya dalam satu kenyataan. 

Menurutnya, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan ke pasar Ngemah menggunakan kenderaan utiliti dan dua bot penyelamat untuk SAR hari pertama yang bermula pada jam 1.51 petang.

“Sebanyak 11 anggota bomba meneruskan perjalanan ke lokasi mangsa dari pasar Ngemah menggunakan bot melalui sungai,” katanya.

Continue Reading

Previous: Kapal tangki berdaftar Malaysia karam di perairan Singapura, 8 kru berjaya diselamatkan
Next: Pelajar dikhuatiri lemas ditarik ombak, tiga rakan selamat ketika mandi di pantai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.