Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki dijinak Tina, lesap RM211,400
  • JENAYAH

Lelaki dijinak Tina, lesap RM211,400

Utusan Sarawak 7 hours ago

Gambar hiasan

SIBU: Seorang kontraktor tempatan berusia lingkungan 40-an kerugian RM211,400 selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan dalam talian melalui aplikasi dikenali sebagai HPC View.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menerima laporan berhubung kejadian itu pada 30 Jun lalu.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa pada 16 Mac lalu telah melayari laman sosial Facebook sebelum tertarik dengan satu iklan pelaburan saham yang menggunakan nama HPC View.

“Mangsa kemudian menekan pautan iklan terbabit dan dihubungkan dengan seorang wanita memperkenalkan diri sebagai ‘Tina’ menerusi aplikasi What’s App.

“Suspek memberi penerangan berkaitan pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dan meminta mangsa memuat turun aplikasi HPC View untuk tujuan pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, selepas berjaya mendaftar, mangsa membeli tiga saham dari Malaysia, Hong Kong dan China serta membuat pembayaran ke akaun diberikan suspek.

“Dari 30 April hingga 21 Jun, mangsa melakukan sembilan transaksi pindahan wang ke tujuh akaun tempatan berjumlah RM211,400.

“Mangsa hanya memperoleh keuntungan RM6,000 dan dimaklumkan bahawa baki keuntungan RM960,153.24 hanya boleh dikeluarkan sekiranya membayar cukai 10 peratus,” katanya.

Zulkipli berkata, mangsa mula curiga sebelum menyedari ditipu dan tampil membuat laporan polis.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi.

“Orang ramai boleh menyemak kesahihan syarikat atau laman web pelaburan di www.bnm.gov.my, BNM TELELINK di talian 1-300-88-5465, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di www.sc.com.my atau 03-6204 8999.

“Semakan juga boleh dilakukan menerusi aplikasi Investment Checker atau laman web https://www.sc.com.my/investment-checker,”katanya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dan mengikuti saluran Facebook @CyberCrimeAlertRMP dan @JSJKPDRM.

“Pengesahan nombor akaun bank dan nombor telefon yang meragukan pula boleh dilakukan menerusi laman web http://ccid.rmp.gov.my/semakmuleL,”katanya.

Oleh TARANI LANTING

Continue Reading

Previous: 10 motosikal ditahan dalam Ops Motosikal sekitar Saratok
Next: Banduan parol hilang sejak 8 Jun berjaya ditemui semula

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.