Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki dijatuhi hukuman akibat salah guna dadah
  • JENAYAH

Lelaki dijatuhi hukuman akibat salah guna dadah

Utusan Sarawak 2 years ago

Tertuduh, Zien Kekek, 31, didakwa di bawah Seksyen 15[1][a] Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan boleh dihukum di bawah seksyen 15[1] Akta Yang Sama yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

KUCHING: Padah mengambil dadah, seorang lelaki tempatan didenda RM2,800 atau tiga bulan penjara dan dua tahun pengawasan polis oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Tertuduh, Zien Kekek, 31, didakwa di bawah Seksyen 15[1][a] Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] dan boleh dihukum di bawah seksyen 15[1] Akta Yang Sama yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Berdasarkan fakta kes, pada 22 September tertuduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

Ujian awal air kencing mendapati tertuduh positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Tertuduh tidak diwakili peguam sementara pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin.

Oleh NICKELYSON LAKUN

Continue Reading

Previous: Tujuh lelaki, seorang wanita tempatan diberkas terlibat judi dalam talian
Next: Penemuan mayat di Jalan Lapangan Terbang Miri, empat ditahan bantu siasatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.