Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Lelaki didenda RM600 merokok di kawasan larangan di Sibu
  • MAHKAMAH

Lelaki didenda RM600 merokok di kawasan larangan di Sibu

Utusan Sarawak 9 hours ago

SIBU: Seorang lelaki telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM600 oleh Mahkamah Majistret Sibu semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merokok di kawasan larangan yang telah diisytiharkan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam telah menjelaskan bayaran denda tersebut bagi mengelakkan hukuman penjara selama satu minggu.

Pertuduhan telah dibacakan di hadapan Majistret Oon Kork Chen di bawah Seksyen 16(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang dibaca bersama Peraturan 3(4) Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Pengisytiharan Kawasan atau Tempat Larangan Merokok) 2024.

Kes ini telah disiasat oleh Pegawai Penyiasat Nurhana Johari dari Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu.

Fakta kes menunjukkan bahawa ini merupakan kesalahan kedua yang dilakukan oleh tertuduh (kesalahan berulang) dalam tempoh tahun yang sama.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Unit Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu serta Pasukan Teras Pendakwaan Sarawak, Maswel Lenard Thomas, Khoo Ai Yuan, dan Andy Yet Yew Huat telah memohon hukuman bersifat pencegahan (deterrent sentence).

Pihak pendakwaan menegaskan bahawa hukuman yang setimpal adalah perlu demi kepentingan kesihatan awam dan bagi memastikan pematuhan undang-undang yang ketat.

Langkah ini juga bertujuan untuk memberi pengajaran kepada tertuduh serta masyarakat awam agar sentiasa menghormati zon larangan merokok yang telah ditetapkan demi kesejahteraan bersama.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Pemuda dipenjara 12 tahun sebabkan kematian rakan di Sri Aman
Next: Dua pemilik kedai runcit di Sibu didenda, jual rokok tanpa patuhi peraturan pembungkusan dan pelabelan amaran kesihatan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.