Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  •  Lelaki diberkas curi kabel di Marina
  • JENAYAH

 Lelaki diberkas curi kabel di Marina

Utusan Sarawak 2 hours ago
DITAHAN…Suspek ditahan bersama beberapa gulung kabel yang disyaki hasil curi. 

MIRI: Kegiatan mencuri kabel yang boleh menjejaskan bekalan elektrik serta keselamatan awam terbongkar selepas seorang lelaki tempatan diberkas polis dalam kejadian di kawasan Marina, di sini.

Suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan hasil maklumat awam serta tindakan pantas Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri dengan kerjasama Polis Bantuan Sarawak Energy Berhad (SEB).

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pemeriksaan lanjut mendapati beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memotong kabel turut dirampas.

“Turut ditemui kulit kabel yang telah dikupas serta beberapa gulung kabel yang disyaki hasil kegiatan jenayah tersebut,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Menurutnya, kegiatan mencuri kabel merupakan jenayah serius kerana bukan sahaja menyebabkan kerugian harta benda awam, malah berpotensi mengganggu bekalan elektrik serta mengundang risiko keselamatan kepada masyarakat.

Tambah beliau, pihaknya memandang serius sebarang perbuatan mencuri dan merosakkan kemudahan awam dan tidak akan berkompromi terhadap individu yang terlibat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan jenayah diminta tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras jenayah,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Dua lelaki ditahan di Bau kerana penyalahgunaan dadah
Next: ​Remaja 17 tahun ditahan miliki dadah, positif Amphetamine di Betong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.