Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki cuba curi kabel ditahan polis
  • JENAYAH

Lelaki cuba curi kabel ditahan polis

Utusan Sarawak 2 hours ago
DIRAMPAS …Beberapa peralatan dirampas untuk tindakan lanjut.

MIRI: Cubaan seorang lelaki mencuri kabel di tepi jalan menuju Bulatan GL di sini gagal apabila tindakannya dikesan oleh sepasukan Unit Kereta Peronda (MPV).


Ketua Polis Daerah Miri,  Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah, berkata sepasukan anggota MPV segera dikerahkan ke lokasi selepas menerima maklumat awam berhubung pergerakan mencurigakan di kawasan tersebut.

DITAHAN…Seorang lelaki yang disyaki cuba mencuri kabel gagal apabila ditahan polis.
 

“Pemeriksaan lanjut membawa kepada penahanan seorang lelaki bersama beberapa peralatan yang dipercayai digunakan bagi tujuan melakukan cubaan mencuri kabel,” katanya.

Menurut beliau, suspek ditahan di Lokap Balai Polis Pusat Miri dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

Mohd Farhan turut mengingatkan masyarakat agar menjauhi apa jua bentuk kegiatan jenayah serta menggalakkan orang ramai menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu usaha memastikan keselamatan dan ketenteraman di daerah ini sentiasa terpelihara.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Tujuh premis judi haram dipotong bekalan elektrik di Sibu
Next: 108 individu ditahan kes dadah di Meradong, 101 positif syabu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.