

DARO: Seorang lelaki mengalami detik cemas apabila mendapati seekor biawak besar sedang berteduh di bawah kenderaannya di Medan Selera Daro, hari ini.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah, Leftenan (PA) Ra’idah Jomi berkata pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan biawak itu pada 4.47 petang.
Beliau berkata, sepasukan empat anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan pemeriksaan awal mendapati haiwan tersebut masih berada di bawah kenderaan jenis Proton Bezza milik pengadu.
“Pasukan berjaya menangkap biawak tersebut dengan menggunakan kaedah menyepit dan menjerut.
“Biawak tersebut kemudian dilepaskan ke habitat asalnya, jauh dari kawasan berpenghuni,” katanya.