Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki cederakan warga emas dipenjara, didenda
  • JENAYAH

Lelaki cederakan warga emas dipenjara, didenda

Utusan Sarawak 7 months ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Mahkamah Majistret di Kapit telah menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM2,000 ke atas seorang lelaki setelah mengaku bersalah atas pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang warga emas.

Rizal Iman Hassan, 32, yang membayar denda tersebut, didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki berusia 68 tahun dengan menggunakan pendayung sampan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 13 Julai 2024, sekitar 5.00 petang di atas sampan di Sungai Nanga Merit, Kapit.

Sehubungan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, pada 13 Julai 2024, kira-kira 4.00 petang, bertempat di sebuah rumah panjang di Nanga Merit, mangsa telah dipukul oleh tertuduh.

Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelah kiri kerana dihentak ke dinding. Pada 5.00 petang, di atas perahu di Sungai Nanga Merit, mangsa turut dipukul sekali lagi oleh tertuduh menggunakan pendayung sampan.

Ini menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serta sakit di pergelangan tangan kiri.

Sisatan yang dijalankan mendapati mangsa telah bergaduh dengan tertuduh di dua tempat iaitu di rumah panjang dan di atas perahu di Sungai Nanga Merit antara 4.00 petang hingga 5.00 petang.

Kejadian pertama berlaku apabila mangsa ditarik dan dicampak dengan kuat oleh tertuduh ke dinding ruai rumah panjang dan kepala mangsa telah mengenai dinding berhampiran bucu pintu.

Kejadian kedua berlaku di atas perahu di Sungai Nanga Merit apabila mangsa dipukul dengan kuat sebanyak satu kali oleh tertuduh dengan menggunakan pendayung sampan kayu sehingga tangan mangsa patah ketika cuba menghalang pendayung mengenai kepalanya.

Laporan perubatan mendedahkan mangsa mengalami pendarahan dalaman di bahagian kiri kepala, patah tulang luar bahagian mata kiri dan patah tulang radius pergelangan tangan kiri.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: GISBH: Lebih 30 lagi tahanan SOSMA masih disiasat – KPN
Next: Anak kapal dihukum cederakan teman wanita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.