Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki cedera tangan tersepit mesin pembuat roti
  • Selatan
  • WILAYAH

Lelaki cedera tangan tersepit mesin pembuat roti

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA bomba mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit pada mesin membuat roti dalam kejadian di sebuah premis perusahaan makanan di Kota Samarahan, hari ini. Foto JBPM 

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas tangan kanannya tersepit pada mesin membuat roti dalam kejadian di sebuah premis perusahaan makanan di Stampin Confectionary, Lot 3372 Muara Tuang Land District, Lorong Stakan Light Industrial Estate, di sini, hari ini.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.28 pagi. 

Komander Operasi, PBK I Justin Basik berkata, pasukan tiba di lokasi pada jam 11.47 pagi dan mendapati tangan mangsa tersepit pada mesin berkenaan.

“Pasukan Keluaran Operasi bertindak menggunakan peralatan penyelamat seperti hydraulic spreader dan hydraulic ram untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dan didapati mengalami kecederaan patah pada pergelangan tangan kanan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa berusia 37 tahun, kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 12.25 tengah hari selepas keadaan disahkan selamat, sebelum pasukan bomba berangkat pulang ke balai.

Oleh Adele Rissa

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek naik taraf Jalan Padawan Fasa 1 capai 54 peratus, dahului jadual dan manfaatkan 6,000 penduduk
Next: Insiden kayak: Ahli parlimen Sibu mahu SOP aktiviti berisiko tinggi disemak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.