
MIRI: Seorang lelaki cedera ringan selepas kereta dipandunya melanggar sebuah lori penyapu jalan dalam kejadian berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral, pagi tadi.
Kejadian berlaku sekitar 9.12 pagi itu melibatkan sebuah kenderaan yang merempuh bahagian belakang lori tersebut.

Mangsa tidak tersepit dan berada dalam keadaan stabil, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) yang tiba di lokasi bertindak memberikan rawatan awal dengan memasang alat sokongan leher sebelum menghantar mangsa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Operasi itu tamat sepenuhmya sekitar jam 9.32 pagi.
Oleh Liong Chai Ling