Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera selepas kereta bertembung bas di Jalan Tabuan Jaya
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera selepas kereta bertembung bas di Jalan Tabuan Jaya

Utusan Sarawak 4 hours ago

Keadaan kemalangan yang melibatkan kenderaan jenis Honda City dengan bas di 

Jalan Tabuan Jaya.

KUCHING: Seorang lelaki dewasa cedera selepas kenderaan jenis Honda City yang dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Tabuan Jaya awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Panggilan kecemasan diterima pada 5.43 pagi sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejauh dua kilometer dan tiba pada 5.52 pagi.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta dan bas, dengan mangsa lelaki masih berada di dalam kereta namun tidak tersepit,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Tambahnya, operasi penyelamatan diketuai oleh PBK I Said Muhammad Imran Sahul Hamid.

“Mangsa dikeluar menggunakan peralatan khas Alat penyelamat RTA.

“Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke hospital berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

“Tiada pemandu atau penumpang dilaporkan berada dalam bas semasa kejadian berlaku.

Operasi dikawal pada 6.11 pagi sebelum tamat sepenuhnya pada 7.19 pagi,” jelasnya.

Seramai enam anggota bomba dengan satu jentera CFRT terlibat dalam operasi itu, dengan bantuan KKM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Continue Reading

Previous: Kemalangan ambulans KKM, kereta di INTAN Sarawak masih disiasat polis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.