

KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan lori muatan sawit Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Batu Lintang, di sini malam tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak
SRI AMAN: Seorang lelaki cedera ringan manakala seorang lagi terselamat dalam kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan lori muatan sawit Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Batu Lintang, di sini malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut diterima pada 9.45 malam, sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman digerakkan ke lokasi kejadian, sejauh kira-kira 12 kilometer.
“Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah Perodua Axia yang melanggar belakang lori sawit.


KEMALANGAN melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dan lori muatan sawit Lebuh Raya Pan Borneo dekat Simpang Batu Lintang, di sini malam tadi. Foto: PGO Bomba Sarawak
“Pemandu Perodua Axia tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala pemandu lori yang cedera telah dihantar ke Hospital Sri Aman oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan.
Tiada operasi menyelamat dijalankan, namun anggota bomba melakukan kerja pembersihan di lokasi bagi memastikan keadaan jalan selamat untuk pengguna lain.
Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan ll, Abang Sarkawi Abang Shubeli, melibatkan enam anggota dengan satu jentera FRT dan satu EMRS.
Operasi diklasifikasikan terkawal pada 10.50 malam dan tamat sepenuhnya pada 11.00 malam.
Oleh Adi Safarman