Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera motosikal bertembung kereta
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera motosikal bertembung kereta

Utusan Sarawak 8 months ago
DISELAMATKAN…. Mangsa diselamatkan oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak ambulans KKM Bintangor untuk rawatan selanjutnya. FotoBBP Bintangor 

BINTANGOR: Seorang lelaki berumur 30 tahun cedera di bahagian lengan dan kaki kiri selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Bakong, pagi semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 7.18 pagi. 

“Respons dengan panggilan kecemasan, ketua operasi PBK II Peter Jinang bersama sepasukan bomba bergegas ke lokasi kemalangan. 

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda CRV dari arah pekan Bintangor menuju ke salah sebuah sekolah rendah telah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Yamaha MT 09,” katanya ketika dihubungi. 

Katanya, kemalangan tersebut mengakibatkan penunggang motosikal tercampak ke dalam parit sedalam satu meter. 

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian lengan dan kaki kiri. Pasukan bomba membuat rawatan awal dan mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) Bintangor. 

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan. 

“Operasi menyelamat mangsa kemalangan selesai sepenuhnya pada 8.00 pagi,” katanya.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Rumah panjang hangus di Tinjar, 330 penghuni hilang tempat tinggal
Next: Kanak-kanak maut, dua lagi cedera kemalangan kendiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.