Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera kereta rempuh treler
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera kereta rempuh treler

Utusan Sarawak 6 hours ago
TERPERANGKAP…Anggota bomba mengeluarkan seorang lelaki yang terperangkap selepas MPV dipandunya merempuh belakang treler dalam kemalangan di Jalan Krokop Utama, Miri awal pagi tadi. 

MIRI: Seorang lelaki cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandunya merempuh bahagian belakang sebuah treler dalam kemalangan di Jalan Krokop Utama awal pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1.46 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral dikerahkan ke lokasi.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sebuah MPV telah melanggar bahagian belakang treler lori.

“Akibat kemalangan tersebut, seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an yang merupakan pemandu MPV didapati terperangkap di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya.

Selepas melakukan penilaian awal di lokasi, unit Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum pasukan bomba bertindak mengeluarkannya dari kenderaan yang remuk.

Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada 2.33 pagi.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Mangsa perahu karam di Sungai Batang Rajang ditemui meninggal dunia hari kedua operasi SAR

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.