
MARUDI: Manga lelaki berusia 32 tahun mengelami kecederaan di dahi dan sebelah lengan kiri akibat kemalangan kendiri di jalan Miri-Marudi malam tadi.
Menurut kenyataan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri, Pusat Kawalan Operasi Daerah Marudi (PKOD) Daerah Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada 11.24 malam.
Sebaik menerima panggilan tersebut Anggota Pertahanan Awam (APM) keluar ke lokasi kejadian pada 11.27 dan sampai ke lokasi pada 12.20 pagi dengan kekuatan empat orang anggota APM, diketuai L/KL Mohammad Hassan.
Mirwan Shah berkata setiba ke lokasi kejadian yang jaraknya 55 kilometer dari PKOD Marudi, anggota APM melakukan pemeriksaan, memberi rawatan awal dan terus menghantar mangsa ke hospital Miri untuk rawatan lanjut.
Operasi berakhir pada 12.35 pagi.
Oleh Jiku Jukuong