Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera dilanggar lori ketika baiki kenderaan rosak
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera dilanggar lori ketika baiki kenderaan rosak

Utusan Sarawak 9 hours ago
OPERASI MENYELAMAT… Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang masih berada dalam lori. Foto BBP Bintangor

PAKAN: Seorang lelaki cedera di bahagian kaki akibat dilanggar sebuah lori ketika sedang membaiki lorinya yang rosak di tepi Jalan Pakan, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 9.41 malam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Bakar Ujang dan enam anggota bomba bergegas ke lokasi kemalangan.

“Setibanya di lokasi, didapati pemandu lori, 38, masih berada dalam lori dan tidak dapat bergerak.

“Mangsa mengalami sedikit kecederaan di kaki,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

CEDERA…Mangsa mengalami kecederaan dibahagian kaki. Foto BBP Bintangor

Katanya, komander operasi mengarahkan anggota bomba menstabilkan mangsa dengan pemasangan ‘cervical collar’ dan seterusnya menjalankan kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

“Mangsa berjaya dikeluarkan dari lori dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Pakan yang turut berada di lokasi kemalangan.

“Seterusnya pasukan bomba membersihkan sisa-sisa minyak kesan daripada kemalangan tersebut.

“Operasi di lokasi selesai sepenuhnya pada 11.15 malam,” katanya.

Tambahnya, turut berada di lokasi adalah empat orang anggota polis dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) Meradong.

Oleh Earl Anek

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Wanita Vietnam maut terjatuh dari tingkat 12 pangsapuri
Next: Empat lelaki cedera, dua parah kemalangan di Serikin

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.