Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Tengah
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Tengah

Utusan Sarawak 4 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pengalihan pokok yang menghempap sebuah kereta di Jalan Sultan Tengah, petang ini.  Foto JBPM

PETRA JAYA: Seorang lelaki cedera di bahagian bahu selepas kereta dipandunya dihempap sebatang pokok tumbang di Jalan Sultan Tengah, di sini petang ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 2.16 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya digerakkan ke lokasi.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi pada 2.21 petang, didapati sebuah kereta jenis Perodua Bezza dihempap pokok tumbang menyebabkan bumbung kenderaan berkenaan remuk teruk.

“Pemandu lelaki cedera di bahagian bahu, manakala dua penumpang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, semua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba, manakala mangsa yang cedera diberikan rawatan awal oleh anggota Pertubuhan Bulan Sabit Merah (PBSM) di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pengalihan pokok bagi memastikan keadaan benar-benar selamat,” tambahnya.

Operasi yang diketuai PBK II (TBBK I) Ibrahim Hasan itu melibatkan lapan anggota bersama satu jentera Bomba dan Penyelamat (FRT) dan sebuah Hilux. Operasi tamat sepenuhnya pada 3.04 petang.

Oleh Shikin Mahmud

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lelaki cedera ringan, Hilux langgar belakang lori di Bukit Sebangkoi
Next: Warga Indonesia maut dirempuh pacuan empat roda di Simpang Saratok 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.