Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera dalam kemalangan motosikal, kereta di Jalan Roban
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera dalam kemalangan motosikal, kereta di Jalan Roban

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEMALANGAN… Lelaki berusia 58 tahun cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Roban, pagi tadi. Foto APM Saratok

ROBAN: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Roban, pagi tadi. 

Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan sedar namun mengalami kecederaan fizikal yang memerlukan rawatan segera.

​Menurut Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Saratok, Leftenan Nur Athirah Batu berkaa pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok pada 11.28 pagi. 

Sejurus menerima maklumat, sepasukan empat anggota APM dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 16 kilometer dari pusat kawalan operasi.

​Setibanya di lokasi pada 11.45 pagi, pasukan penyelamat mengesahkan terdapat seorang mangsa lelaki dewasa yang terlibat dalam insiden tersebut. 

Keadaan trafik di kawasan berkenaan terkawal manakala pasukan penyelamat segera melakukan penilaian awal terhadap tahap kecederaan mangsa bagi mengelakkan komplikasi lebih serius.

​Hasil pemeriksaan mendapati mangsa mengalami luka terkoyak yang agak parah di bahagian tumit kaki kanan. 

KEMALANGAN… Lelaki berusia 58 tahun cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan motosikal dan kereta di Jalan Roban, pagi tadi. Foto APM Saratok

Selain itu, mangsa turut mengalami luka calar-balar di bahagian siku tangan kanan serta tangan kiri, manakala pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengadu kesakitan yang amat sangat di bahagian bahu kirinya.

​Sebelum memulakan prosedur rawatan, Ketua Skuad memastikan semua anggota mematuhi protokol keselamatan dengan mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) yang lengkap. 

Langkah ini merupakan prosedur standard operasi bagi memastikan keselamatan anggota dan mangsa terjamin sepanjang proses bantuan kecemasan diberikan di lapangan. Anggota APM kemudiannya melakukan rawatan awal dengan mencuci luka di bahagian tumit kaki kanan mangsa sebelum melakukan balutan rapi. 

Luka-luka calar di bahagian tangan mangsa turut dibersihkan bagi mencegah sebarang jangkitan kuman sementara menunggu bantuan logistik tambahan tiba di lokasi kejadian.

Setelah keadaan mangsa distabilkan, beliau telah diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Saratok pada 12.02 tengah hari untuk tindakan susulan dan rawatan lanjut di hospital berdekatan.

Oleh Adi Safarman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Kemalangan ragut nyawa lelaki di Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.