Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Deshon
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Deshon

Utusan Sarawak 1 day ago

PASUKAN BOMBA mengeluarkan mangsa dari kenderaan dan menyerahkannya kepada pihak ambulan Hospital Sibu.

SIBU: Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di berhampiran SMK Rosli Dhobi Jalan Deshon, pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, sepasukan lapan anggota bersama sebuah jentera Tender Penyelamat Kebakaran (FRT) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 6.15 pagi.

“Setibanya di lokasi kejadian, berlaku kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda telah melanggar sebatang pokok di tepi jalan. 

“Terdapat seorang mangsa lelaki mengalami kecederaan dan tidak tersepit,” katanya menerusi kenyataan, pagi tadi.

Katanya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) bertindak menggunakan kaedah penyelamatan mengarahkan anggota menggunakan pakaian operasi lengkap menanggalkan Terminal Positif Bateri.

“Seterusnya membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memasang kolar serviks, anduh bawah pada kaki kanan mangsa.

“Selepas berjaya dikeluarkan, mangsa berusia 35 tahun diserahkan kepada pihak ambulan Hospital Sibu untuk rawatan,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: APM Marudi bertindak pantas alih pokok tumbang halang jalan akibat ribut
Next: Fatal road accident at Jalan Pelabuhan, Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.