Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Lelaki cedera akibat letupan silinder gas MAPP di Miri
  • KEMALANGAN

Lelaki cedera akibat letupan silinder gas MAPP di Miri

Utusan Sarawak 11 hours ago
MELETUP…Silinder gas MAPP meletup menyebabkan seorang lelaki cedera dalam kejadian di Jalan Dato Permaisuri 5, di sini, petang tadi. Foto JBPM Sarawak. 


MIRI: Seorang lelaki cedera dalam kejadian letupan silinder gas MAPP yang berlaku di Jalan Dato Permaisuri 5, di sini, petang tadi.

Gas MAPP atau Methylacetylene-Propadiene (MAPD), adalah gas yang digunakan dalam aplikasi pengelasan, pemanasan, dan pemotongan. Gas ini adalah campuran hidro karbon yang mudah terbakar.


Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar 6.45 petang.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lutong digerakkan ke lokasi yang terletak pada jarak 11 kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi pasukan bomba mendapati letupan berpunca ketika mangsa berusia 34 tahun melakukan aktiviti memotong injap sebuah silinder menggunakan kimpalan gas.

“Kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian anggota badan dan telah dihantar oleh keluarga mangsa ke Hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi,”katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Katanya, Pasukan Keluar Operasi (PKO) bertindak membuat pemantauan bagi memastikan keadaan selamat dan operasi tamat pada 7.15 malam.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Lagi kes disambar buaya, kali ini di Limbang
Next: Mangsa dilihat berada pada mulut buaya sebelum diheret ke dalam sungai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.