Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki bersenjatakan pisau ditahan selepas cuba curi sosej di Jerman
  • JENAYAH

Lelaki bersenjatakan pisau ditahan selepas cuba curi sosej di Jerman

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GAMBAR hiasan.

HAMBURG (Jerman): Seorang lelaki bersenjatakan pisau gagal dalam cubaannya untuk mencuri sosej di bandar Rostock, timur laut Jerman, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Remaja berusia 19 tahun itu yang dikenali polis telah mengugut seorang penjual di gerai sosej pada Sabtu lepas, menurut polis semalam.

Bagaimanapun, penjual itu enggan menuruti permintaan suspek. Akibatnya, remaja itu yang pada awalnya melarikan diri kemudiannya berjaya ditahan polis.

Sebelum insiden itu, lelaki berkenaan dikatakan telah mencuri beberapa bilah pisau dapur dari sebuah kedai, mengugut orang ramai dengan pisau itu, dan merompak rokok elektronik dari sebuah lagi kedai.

Memandangkan suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol dan dadah, polis telah mengambil sampel darahnya.

Pihak polis telah memulakan prosiding jenayah terhadapnya atas kesalahan rompakan bersenjata, cubaan pemerasan, ugutan dan kecurian.

Mahkamah daerah mengeluarkan waran tangkap rasmi terhadapnya semalam.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Geng pecah rumah Sungai Bian tumpas, suspek positif dadah
Next: The successes of PGA operations

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.