SIBU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan merampas dadah disyaki jenis syabu (methamphetamine) dengan anggaran berat kasar 1,014 gram dan anggaran nilai semasa rampasan RM36,000.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan polis narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sibu menahan seorang lelaki tempatan berumur 40 tahun di hadapan tandas awam di Lorong Salim.
“Hasil pemeriksaan yang dibuat, pihak polis menjumpai satu peket plastik lutsinar berisi hablur kristal disyaki dadah jenis syabu (methamphetamine), dengan anggaran berat kasar 1,014 gram dan anggaran nilai semasa rampasan dadah RM36,000.
“Hasil ujian saringan air kencing yang dibuat ke atas suspek didapati negatif dadah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Zulkipli berkata suspek seterusnya ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
‘Saspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Hukuman bagi kesalahan dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 jika disabitkan kesalahan mandatori gantung sampai mati,” katanya.
Oleh AKUN GIMAN