Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki berbasikal sambil bawa pistol tiruan ditahan polis
  • JENAYAH

Lelaki berbasikal sambil bawa pistol tiruan ditahan polis

Utusan Sarawak 4 months ago

Suspek yang membawa pistol tiruan ditangkap polis petang tadi.

KUCHING: Lelaki berbasikal sambil memegang pistol tiruan beriringan muzik latar 007 James Bond hingga videonya tular, ditahan polis petang tadi. 

Dia adalah lelaki tempatan berusia 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata semasa operasi serbuan dilakukan, polis berjaya menahan lelaki itu pada jam 4.05 petang tadi.

“Polis turut merampas pistol tiruan bersama dengan basikal dan beg suspek.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Beliau mengesahkan mengenai video tular berdurasi 8 saat itu menunjukkan suspek menunggang basikal di sepanjang Jalan Tun Jugah sambil membawa pistol tiruan.

Farhan menggesa orang ramai menghubungi polis jika mempunyai sebarang maklumat berhubung kes itu dan memberi amaran supaya tidak membawa sebarang objek yang menyerupai pistol.

Oleh Connie Chieng 

Continue Reading

Previous: PGA rampas rokok, arak tanpa cukai bernilai lebih RM3 juta
Next: Polis Marin rampas petrol seludup bernilai lebih RM104,300

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.