Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki 54 tahun ditahan atas tuduhan mencuri di kedai runcit
  • JENAYAH

Lelaki 54 tahun ditahan atas tuduhan mencuri di kedai runcit

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUSPEK KES CURI DAN DADAH.…Tiga suspek terlibat dalam kes kecurian dan dadah di Lawas.

LAWAS: Seorang buruh ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes kehilangan wang daripada peti wang di sebuah kedai runcit di Jalan Merapok, Lawas, yang mengakibatkan pemiliknya mengalami kerugian kira-kira RM500 pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, berkata suspek berusia 54 tahun itu ditahan selepas kelibatnya berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kedai berkenaan.

“Semakan rakaman CCTV mendapati seorang lelaki tempatan mengambil wang tersebut ketika mangsa berada di bahagian belakang kedai. Mangsa mengalami kerugian kira-kira RM500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kata Liong,  hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dan semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut seksyen 380 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1) (a) ADB 1952.

Sementara itu dalam kes berasingan seorang pelajar perempuan kerugian RM 750 selepas menjadi mangsa kes penipuan sewa bilik tidak wujud secara dalam talian Sabtu lepas.

Katanya kejadian berlaku apabila mangsa melihat tawaran sewa bilik di Selangor melalui media sosial dan telah berhubung dengan seorang agen.

“Hasil perbincangan dengan agen, mangsa telah melakukan beberapa kali transaksi kewangan ke akuan suspek dan apabila sampai dibilik sewa yang dimaksudkan, pengadu tidak dapat berhubung dengan agen berkenaan dan tidak memperolehi bilik yang dijanjikan,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dua lelaki berusia 45 dan 25 tahun ditangkap kerana positif dadah dalam dua oeprasi berasingan di daerah ini pada Ahad dan Isnin lepas. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: IPD Meradong terus pergiat Ops Tapis, seorang lelaki ditahan positif dadah
Next: Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.