Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Lelaki 45 tahun ditahan miliki dadah, positif amphetamine di Betong
  • JENAYAH

Lelaki 45 tahun ditahan miliki dadah, positif amphetamine di Betong

Utusan Sarawak 5 hours ago
SEORANG lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sekitar Betong, kelmarin. Foto: IPD Betong

BETONG: Seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dalam satu serbuan di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Betong, DSP Wan Mohamad Ali Wan Malek berkata, tangkapan itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong sekitar 1.40 tengah hari hasil risikan dan maklumat awam.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Bagaimanapun, semakan lanjut mendapati lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau kesalahan berkaitan dadah sebelum ini.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah serta Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

“Pihak polis IPD Betong memandang serius kesalahan dadah di kalangan masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menegaskan bahawa usaha membanteras penyalahgunaan dadah akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Sehubungan itu, orang ramai digesa agar terus memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan kepada pihak polis, termasuk menghubungi Balai Polis Betong atau mana-mana balai polis berhampiran.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Tiga lelaki ditahan, polis rampas 6.20 gram syabu dalam serbuan di Belawai
Next: Lelaki mabuk di Matu, kena jel sebulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.