Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Lelaki 44 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak
  • SEMASA

Lelaki 44 tahun korban terbaharu rabies di Sarawak

Utusan Sarawak 13 hours ago
HOSPITAL Umum Sarawak merekodkan kematian terbaharu melibatkan lelaki berusia 44 tahun akibat rabies. Foto hiasan

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mengesahkan satu lagi kematian akibat rabies membabitkan lelaki berusia 44 tahun di negeri ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kepada 91 dengan 84 kematian sejak wabak itu diisytiharkan pada Julai 2017.

Mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar dan tinggal bersendirian di Kota Samarahan meninggal dunia pada Rabu di Hospital Umum Sarawak.

Menurut kenyataan JKN Sarawak hari ini, mangsa mula mengalami gejala sukar berjalan, hilang selera makan, sakit lutut kanan, badan lemah serta pening pada 15 Februari lepas sebelum dibawa ke Pusat Jantung Sarawak dan seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada hari sama.

“Pesakit dimasukkan ke wad perubatan dan keadaannya semakin merosot sebelum diberi bantuan pernafasan pada 22 Februari,” menurut kenyataan itu.

Siasatan mendapati mangsa tidak mempunyai sejarah gigitan anjing atau kucing, namun gemar memberi makanan kepada anjing liar serta memelihara 15 ekor anjing di rumahnya.

“Seekor anjing peliharaannya dilaporkan mati awal Februari dan ditanam oleh jiran, manakala 14 ekor lagi diasingkan untuk pemantauan lanjut,” menurut jabatan itu. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rakyat Malaysia di barat Arab Saudi dinasihat peka perkembangan semasa, kekal tenang 
Next: Wisma Putra beri bantuan konsular kepada rakyat Malaysia di Asia Barat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.