
PHNOM PENH: Seorang lelaki berusia 30 tahun dari wilayah Kampot di barat daya Kemboja disahkan positif selesema burung H5N1, sekali gus menjadi kes pertama tahun ini, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan semalam, lapor Xinhua.
“Lelaki itu mengalami gejala demam, batuk dan sakit perut,” menurut kenyataan itu. “Dengan rawatan rapi oleh pasukan doktor, pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang kerumah pada 14 Februari.”
Mangsa tinggal di Kampung Meanrith, Daerah Tuek Chhou.
Siasatan mendapati terdapat ayam mati di rumah pesakit dan ayam berkenaan dimasak tigahari sebelum beliau jatuh sakit, menurut kenyataan itu.
Pihak berkuasa kesihatan sedang menyiasat punca jangkitan dan memeriksa sebarang kesdisyaki atau individu yang mempunyai kontak rapat dengan mangsa bagi mencegahpenularan dalam komuniti.
Tamiflu (oseltamivir), ubat antivirus bagi mencegah selesema burung daripada merebak, turutdiagihkan kepada individu yang mempunyai kontak langsung dengan mangsa, menurutkenyataan itu. – Bernama