Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Lelaki 28 tahun dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu di Sungai Batang Oya
  • Tengah
  • WILAYAH

Lelaki 28 tahun dikhuatiri lemas selepas jatuh dari perahu di Sungai Batang Oya

Utusan Sarawak 18 hours ago
TERJATUH…Perahu yang digunakan oleh mangsa untuk aktiviti menangkap ikan sebelum terjatuh.

MUKAH: Seorang lelaki berusia 28 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari perahu ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan di Muara Sungai Batang Oya, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.00 pagi itu, mangsa dikenal pasti sebagai Awang Ismail Awang Rosidi yang dikatakan keluar seorang diri ke muara sungai berkenaan sebelum kejadian berlaku.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.23 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 21 kilometer dari balai.

SIASAT… Anggota bomba, polis dan APM semasa berada di lokasi kejadian.

“Maklumat awal diterima hasil laporan polis yang dibuat oleh pengadu selepas dimaklumkan oleh isteri mangsa mengenai kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pasukan operasi kini berada di kawasan sekitar tapak Pesta Kaul Oya bagi mengenal pasti lokasi sebenar mangsa dipercayai terjatuh sebelum memulakan operasi pencarian.

“Operasi pencarian membabitkan empat anggota BBP Mukah dengan penggunaan sebuah jentera EMRS, sebuah kenderaan Hilux serta sebuah bot.

“Turut terlibat dalam operasi bersepadu itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),” katanya.

Setakat ini, mangsa masih belum ditemui dan usaha pencarian diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Masalah longkang Lorong Tebu 1 disebabkan mendapan tanah
Next: Pemantauan catat kenaikan paras air sungai Katibas, Chapi dan Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.