Lelaki 20-an ditahan positif dadah di Lubok Antu

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
SEORANG lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di Jalan Lubok Antu, semalam. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Seorang lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dalam satu operasi di Jalan Lubok Antu, semalam.

Menurut kenyataan media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, tangkapan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD berkenaan hasil risikan dan pemantauan di kawasan tersebut.

Pihak polis berkata, suspek berjaya ditahan tanpa sebarang insiden dan kemudiannya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sehubungan itu, pihak IPD Lubok Antu menegaskan komitmen berterusan dalam membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah di daerah berkenaan.

Orang ramai turut digesa untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti dadah di komuniti masing-masing bagi membantu pihak berkuasa memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terjamin.

Oleh Adi Safarman

Lelaki positif dadah ditahan Polis Bau

BAU: Seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam operasi Op Tapis.