Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Legenda tenis Australia Mal Anderson meninggal dunia pada usia 91 tahun
  • SUKAN

Legenda tenis Australia Mal Anderson meninggal dunia pada usia 91 tahun

Utusan Sarawak 5 hours ago
Legenda tenis Australia Mal Anderson meninggal dunia pada usia 91 tahun. Foto Tennis Australia.

SYDNEY: Legenda tenis Australia Mal Anderson, pemain bukan pilihan pertama yang memenangi Kejohanan Amerika Syarikat (AS) – kini dikenali sebagai Terbuka AS – meninggal dunia pada usia 91 tahun, menurut Tennis Australia pada Isnin, lapor Xinhua.

Anderson merupakan sebahagian daripada era kegemilangan Australia selepas perang dunia dan memenangi gelaran perseorangan Kejohanan AS pada 1957 serta tiga gelaran utama beregu.

Beliau turut membantu Australia memenangi Piala Davis pada 1957 dan 1973.

Selepas bersara, Anderson membimbing pemain muda termasuk Pat Rafter, Scott Draper, Wally Masur dan John Fitzgerald.

“Saya amat sedih mendengar pemergian Mal. Beliau adalah antara individu yang membantu membentuk permainan tenis saya sejak usia muda,” kata Rafter seperti dipetik.

Draper pula berkata Anderson mengajarnya dan pemain lain mengenai kepentingan menyumbang semula kepada sukan itu serta memahami bahawa tenis lebih besar daripada diri mereka sendiri.

“Mal adalah individu yang saya kagumi sejak kecil. Saya menerima pelajaran tenis pertama daripada Mal ketika berusia lima tahun,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Peminat digesa waspada dengan penipuan tiket menjelang Piala Dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.