Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Legenda Real Madrid, Alonso kembali sebagai jurulatih
  • SUKAN

Legenda Real Madrid, Alonso kembali sebagai jurulatih

Utusan Sarawak 3 days ago

Alonso kini jurulatih Real Madrid. Foto AFP

MADRID: Real Madrid melantik Xabi Alonso untuk menggantikan Carlo Ancelotti sebagai ketua jurulatih, hari ini dan bekas pemain tengah Sepanyol itu akan mengambil alih tugas bermula 1 Jun untuk memimpin pasukan di Piala Dunia Kelab.

“Xabi Alonso akan menjadi jurulatih Real Madrid untuk tiga musim akan datang, dari 1 Jun 2025 hingga 30 Jun 2028,” kata kelab itu dalam satu kenyataan.

Dengan jurulatih veteran Itali, Ancelotti, bakal mengemudi skuad kebangsaan Brazil, Madrid mencapai persetujuan dengan Alonso, yang sebelum ini sering dikaitkan dengan kelab itu sejak beberapa bulan lalu.

Alonso, 43, akan meninggalkan kelab Jerman, Bayer Leverkusen, pada penghujung musim Bundesliga selepas menamatkan saingan di tempat kedua.

“Alonso adalah salah seorang legenda utama Real Madrid dan juga bola sepak dunia,” tambah kenyataan Los Blancos.

“Beliau pernah menyarung jersi kami dalam 236 perlawanan antara tahun 2009 hingga 2014. Sepanjang tempoh itu, beliau sudah memenangi enam trofi,” katanya kenyataan itu lagi.

Jurulatih dari Basque itu membawa Leverkusen memenangi kejuaraan liga dan Piala Jerman pada musim 2023-2024, dengan rekod tanpa kalah dalam saingan liga utama – menjadikannya buruan kelab-kelab gergasi Eropah.

Alonso juga mempunyai perjanjian dengan Leverkusen yang membenarkannya meninggalkan kelab itu jika salah satu bekas pasukannya seperti Madrid, Liverpool atau Bayern Munich mahu melamarnya sebagai jurulatih.

Kempen musim ini agak mengecewakan buat Madrid di bawah Ancelotti, apabila mereka hanya memenangi Piala Super Eropah dan Piala Antara Benua, tetapi tersingkir di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Arsenal.

Barcelona menewaskan Real Madrid dalam perlawanan akhir Piala Super Sepanyol dan Copa del Rey, sebelum merampas semula takhta La Liga daripada seteru utama mereka, sekali gus menyaksikan Madrid gagal memenangi sebarang trofi utama musim ini. – AFP

Continue Reading

Previous: Wei Chong-Kai Wun kejutkan Aaron-Wooi Yik muncul juara Masters Malaysia
Next: Pasukan YOKCAII Project Team muncul juara Futsal Piala Roland Sagah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.