Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Legenda hoki negara C. Paramalingam meninggal dunia
  • SUKAN

Legenda hoki negara C. Paramalingam meninggal dunia

Utusan Sarawak 6 hours ago
BEKAS ketua jurulatih kebangsaan, C. Paramalingam, dikenang atas sumbangan dan dedikasinya terhadap pembangunan hoki negara. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Arena hoki negara kehilangan satu permata dengan pemergian legenda dan bekas ketua jurulatih kebangsaan, C. Paramalingam, yang meninggal dunia hari ini pada usia 91 tahun.

Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Facebook, sambil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang.

“Mendiang Coach C. Paramalingam, 91 tahun merupakan legenda hoki negara, bekas ketua jurulatih yang membawa Skuad Remaja Malaysia beraksi di Piala Dunia Remaja Barcelona pada 1993 dan telah banyak menabur khidmat bakti kepada sukan hoki di Malaysia.

“Jasa mendiang Coach C. Paramalingam yang sangat mencintai sukan hoki hingga hujung usianya dan keluarga beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh KHM,” menurut kenyataan itu.

Dilahirkan di Taiping, Perak, Paramalingam pernah beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 1964 dan tiga Sukan Asia iaitu Sukan Asia Tokyo 1958, Sukan Asia 1962 di Jakarta dengan Malaysia meraih pingat gangsa serta Sukan Asia 1966 di Bangkok, Thailand.

Paramalingam yang pernah membimbing pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik Los Angeles 1984 dan mewakili Selangor sepanjang kariernya turut menerima Anugerah Jurulatih Kebangsaan Terbaik 1999.

Mendiang yang meninggalkan isteri serta seorang anak perempuan juga merupakan ahli jawatankuasa kejurulatihan dan pemilihan KHM.- Bernama

Continue Reading

Previous: Tujuh wakil badminton negara mara ke separuh akhir Sukan SEA 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.